Monday, April 5, 2010
0 AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR MENINGGAL DUNIA
Posted by Jabatan Penerangan Malaysia on 10:47 PM · 0 comments
Zainal Abidin Ahmad
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, kira-kira 9.27 malam ini akibat barah otak, demikian menurut adiknya Md Hambali Ahmad. Zainal Abidin, 71, meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd Zin, dan empat orang anak.
Beliau yang memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam Umno.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan Exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.
Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.
Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.
Zainal Abidin menyertai PKR pada 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.
Zainal turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.
Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eNews & Updates
Pusat Penamaan Calon
Lokasi : Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan, Daerah Hulu Selangor
Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Pegawai untuk dihubungi : Encik Khairul Nizam Muhamed (Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Hulu Selangor)
H/P : 019-6452973
Pusat Media Pilihanraya Kecil Parlimen P.094 Hulu Selangor
Tempat :Pusat Media
Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan
No. 32, Jalan Kamarudin,44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan
Tarikh beroperasi :15 April hingga 26 April 2010
Masa operasi :8.00 pagi hingga 2.00 pagi
Nombor perhubungan :03 6065 1397/1398 (TELEFON)
03 6065 1399 (TELEFAKS)
Masa operasi :8.00 pagi hingga 2.00 pagi
Nombor perhubungan :03 6065 1397/1398 (TELEFON)
03 6065 1399 (TELEFAKS)
Kalendar Aktiviti Harian
16 April 2010
Program Jalinan Mesra Masyarakat Cina oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Masa : 3.00 petang
Tempat : SRJK (C) Bukit Tangga
Lawatan dan Sidang Media oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Masa : 4.30 petang
Tempat : Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jalan Hamzah, Ampang Pecah
Lawatan Industri oleh YB Senator Dato' Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kilang Heveafil Sdn Bhd,
No.1 Jalan Heveafil, Pusat Perindustrian Batang Kali, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor
Perjumpaan Dengan PIBG Kawasan Hulu Kali Oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Hj Mohd Puad Bin Zarkashi
Masa : 10.00 pagi
Tempat : SJK (T) Batang Kali, Hulu Selangor
Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato' Abd. Rahim Bakri
Masa : 3.00 petang
Tempat : Akademi P.S. Samy Sdn Bhd, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu
Lawatan ke Pusat Penamaan Calon dan Sidang Media oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi SPR
Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor
17 April 2010

Majlis Perjumpaan Dengan Guru-guru Parlimen Hulu Kali oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Hj Mohd Puad Bin Zarkashi
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kuarters Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kalumpang, Hulu Selangor
YB Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan akan mengadakan Program COMBI dan Gotong-Royong
Masa : 4.00 petang
Tempat : Sungai Buaya
YB Datuk Seri Noh Hj Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghadiri Program MOA Bersama Rakyat
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dataran Pekan Sehari, Felda Gedangsa, Hulu Bernam,Selangor
*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
Kalendar Aktiviti Harian KPKK
17 April 2010
Program : Layar Bestari "Adnan Sempit"
Masa : 9.00mlm
Tempat : SMK Sg. Choh, Rawang
18 April 2010
Program : Pemimpin Bersama Rakyat
7.30 pagi : Senam Seni 1Malaysia
8.30 pagi : Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
Pertandingan Mencanting Batik
PertandinganMasakan dan Gubahan
Sukaneka / Permainan Tradisional 1Malaysia
10.00 pagi : Sorakan 1Malaysia 1Dunia
Ramah Mesra Dengan Personaliti Terkenal

P94 HULU SELANGOR
Jumlah Pengundi: 64,500
Pecahan Kaum:
Melayu :34,020
Cina : 16,964
India : 12,453
Lain-lain :1,063
Blog Archive
Tags
- HULU SELANGOR (4)
- PKR (2)
comments
0 Responses to "AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR MENINGGAL DUNIA"Speak Your Mind
Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!