Monday, April 5, 2010

0 BIODATA DATUK DR ZAINAL ABIDIN, AP HULU SELANGOR 2008 - 2010

Datuk Dr Zainal dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939. Adiknya Md. Hambali Ahmad.Isterinya Datin Siti Zaharah Mohd Zin .Anaknya 2 lelaki dan 2 perempuan yang berbeza jarak kelahiran. Mereka ialah Azri Zin (36) ,Azura (37), Aznizah (29) dan Azizah (25).

Pendidikan

Datuk Dr Zainal mendapat doktor falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980. Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik sepenuh masa pada 1989. Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput beliau menyertai politik kerana beliau aktif dalam Persatuan Pelajar Melayu Selangor.

Kerjaya

Beliau menjadi guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968). Kemudian menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Baru dari 1972-1973. Kemudian menjadi pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Politik UMNO

Dalam UMNO, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan UMNO Cheras (1987) serta pernah mengetuai UMNO Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Selepas menang pilihan raya DUN, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib melantik Dr Zainal menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan. Kemudian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.Kemudian beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999. Penyokong beliau di Hulu Langat mengharapkan beliau menjadi Menteri Besar Selanngor menggantikan Datuk Seri Abu Hassan Omar.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 ke-11 nama Dr Zainal digugurkan daripada menjadi calon di DUN Dusun Tua. Nama Dr Mohamad Khir Toyo yang lebih muda dan Islamik telah ditonjolkan sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Datuk Abu Hassan Omar.

Hak milik tanah Masjid Jamek Kajang dikatakan pernah dimiliki oleh syarikat pemaju swasta dan mencetuskan kontroversi beberapa ketika. Hampir semua tanah milik dan kuarters kerajaan di pekan Kajang telah diserahkan kepada syarikat swasta melalui usaha pembangunan semula era Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib.

Pertubuhan kebajikan

Zainal aktif dalam pelbagai pertubuhan. Antaranya ialah Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Hulu Langat. Beliau juga aktif dalam St. John Ambulans Hulu Langat. Selain itu menjadi pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu Selangor, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Menyertai PKR

Dr Zainal melompat dari UMNO dan menyertai PKR pada 2005 yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau diamanahkan bertanding di Hulu Selangor apabila berlaku krisis meletakkan calon di Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Tanpa dijangka beliau menang di kawasan kubu Barisan Nasional / MIC itu pada pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Penyandang kerusi Hulu Langat ialah Datuk G. Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC ditewaskan dengan majoriti tipis 198 undi. Walaupun menang di Hulu Selangor, tetapi beliau tetap mengambil berat tentang PKR di Hulu Langat.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor

Pilihan raya kecil Hulu Selangor edisi ke-10 bakal diadakan selepas kematiannya. Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetap pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika tempohnya melebihi tiga tahun daripada tarikh awal Dewan Rakyat bersidang. Dalam kes ini, SPR menyatakan pilihan raya diadakan pada 25 April 2010 dan penamaan calon pada 17 April 2010.

comments

0 Responses to "BIODATA DATUK DR ZAINAL ABIDIN, AP HULU SELANGOR 2008 - 2010"

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

eNews & Updates

Sign up to receive breaking news
as well as receive other site updates!

Pusat Penamaan Calon


Lokasi : Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan, Daerah Hulu Selangor

Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

Pegawai untuk dihubungi : Encik Khairul Nizam Muhamed (Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Hulu Selangor)
H/P : 019-6452973

Pusat Media Pilihanraya Kecil Parlimen P.094 Hulu Selangor


Tempat :Pusat Media
Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan
No. 32, Jalan Kamarudin,44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan

Tarikh beroperasi :15 April hingga 26 April 2010

Masa operasi :8.00 pagi hingga 2.00 pagi

Nombor perhubungan :03 6065 1397/1398 (TELEFON)
03 6065 1399 (TELEFAKS)

Peta Kawasan Parlimen Hulu Selangor

Kalendar Aktiviti Harian

16 April 2010

Program Jalinan Mesra Masyarakat Cina oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Masa : 3.00 petang
Tempat : SRJK (C) Bukit Tangga

Lawatan dan Sidang Media oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Masa : 4.30 petang
Tempat : Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jalan Hamzah, Ampang Pecah

Lawatan Industri oleh YB Senator Dato' Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kilang Heveafil Sdn Bhd,
No.1 Jalan Heveafil, Pusat Perindustrian Batang Kali, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor

Perjumpaan Dengan PIBG Kawasan Hulu Kali Oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Hj Mohd Puad Bin Zarkashi

Masa : 10.00 pagi
Tempat : SJK (T) Batang Kali, Hulu Selangor

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato' Abd. Rahim Bakri

Masa : 3.00 petang
Tempat : Akademi P.S. Samy Sdn Bhd, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu

Lawatan ke Pusat Penamaan Calon dan Sidang Media oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi SPR

Masa : 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor

17 April 2010

Majlis Perjumpaan Dengan Guru-guru Parlimen Hulu Kali oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Hj Mohd Puad Bin Zarkashi

Masa : 2.30 petang

Tempat : Kuarters Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kalumpang, Hulu Selangor

YB Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan akan mengadakan Program COMBI dan Gotong-Royong

Masa : 4.00 petang

Tempat : Sungai Buaya

YB Datuk Seri Noh Hj Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghadiri Program MOA Bersama Rakyat

Masa : 8.00 malam

Tempat : Dataran Pekan Sehari, Felda Gedangsa, Hulu Bernam,Selangor

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Kalendar Aktiviti Harian KPKK

17 April 2010

Program : Layar Bestari "Adnan Sempit"

Masa : 9.00mlm
Tempat : SMK Sg. Choh, Rawang

18 April 2010

Program : Pemimpin Bersama Rakyat

7.30 pagi : Senam Seni 1Malaysia
8.30 pagi : Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
Pertandingan Mencanting Batik
PertandinganMasakan dan Gubahan
Sukaneka / Permainan Tradisional 1Malaysia
10.00 pagi : Sorakan 1Malaysia 1Dunia
Ramah Mesra Dengan Personaliti Terkenal

Tempat : SMK Sg. Choh, Rawang

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

P94 HULU SELANGOR

Jumlah Pengundi: 64,500
Pecahan Kaum:
Melayu :34,020
Cina : 16,964
India : 12,453
Lain-lain :1,063